BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

ASSALAMUALAIKUM TUAN

APA HUKUM SUAMI TUDUH ISTERI BAYANGKAN LELAKI LAIN KETIKA SEDANG BERJIMAK. ADAKAH DITUDUH BERZINA. ADAKAH JATUH TALAK LIAN?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Tidak dihukumkan li'an, sekiranya suami menuduh isteri membayangkan lelaki lain ketika berjimak, namun sekiranya benar tuduhan suaminya itu, iaitu jika wanita atau isteri membayangkan lelaki lain ketika bersetubuh dengan suaminya, ia seolah-olah suatu pengkhianatan yang nyata terhadap pasangannya dan hukumnya adalah haram

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 67

message user image