BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wrb

Saya ingin bertanya yang arif

Adakah riba jika ada cas pengurusan dalam urusan pinjaman wang di 1 syarikat besar???

Saya ada buat pinjaman tekun nasional ia itu dari kerajaan Malaysia sendiri... 

Sy ingin buat tambah modal berniaga

Sy keliru..mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada al-Nu’man bin Basyir, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

إن الحلال بين وإن الحـرام

Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas. (Riwayat al-Bukhari)

Sekiranya akad semasa menerima pembiayaan berlandaskan syariah, maka ianya bukan riba dan kebiasaan terdapatnya panel penasihat Syariah yang dilantik  bagi memantau aktiviti serta produk yang dikeluarkan. Adalah dinasihatkan agar meneliti dan dapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada pihak pembiaya bagi mengelakkan diri dari terlibat dengan pinjaman kewangan yang berasaskan riba.

Merujuk kepada cas pengurusan, secara umum Islam mengharuskan pihak pembiaya mengenakan cas pengurusan namun ia mestilah dikenakan atas kos sebenar yang berkaitan dengan pengurusan pembiayaan yang dibuat, seperti:

  • Gaji kakitangan.
  • Kos pemprosesan dokumen.
  • Yuran pentadbiran.

Namun, cas ini tidak boleh menjadi alasan untuk mengambil keuntungan tersembunyi. Jika syarikat atau institusi kewangan menetapkan cas pengurusan yang melampau atau sebenarnya adalah cara lain untuk mengenakan faedah, ia boleh jatuh ke dalam kategori riba.

Untuk makluman, berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman web TEKUN semua produk pembiayaan TEKUN adalah patuh syariah ( sila rujuk link: TEKUN), namun pengesahan semula boleh dibuat dengan pihak TEKUN bagi memastikan pembiayaan yang dibuat tidak melibatkan perkara yang dilarang oleh syarak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 100

message user image