Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya handak bertanya tentang air seperti air mazi yang keluar selepas bangun tidur. permasahalahan dia ialah saya akan tunggu beberapa minit lps bangun Dan juga lakukan pergerakan mengharapakn Yang ianya akan tidak akan keluar selepas ambil wudhu' atau semasa solat subuh. Untuk kes pertama ,Apabila saya sudah yakin dia tak keluar , saya pun ambil wudhu' tapi bila saya check semula sebelum solat dia Ada keluar juga walaupun hampir 30 min saya tggu dan lakukan pergerakan, mandi dan sebagainya. Kes 2, Lepas ambil wudhu' sebelum solat tiada yang keluar tapi bila saya check selepas solat ternyata keluar juga. Saya ingin tanyakan adakah ianya satu kewajipan untuk saya check Lepas ambil wudhu' dan selepas solat subuh adakah ada air Yang kluar Dan harus qada' sedangakn saya sudah berusaha ambil masa untuk menghalang ia kluar? Adakah rukhsah untuk kes seperti saya? Adakah soalan ini jawapnnya akan menambahkan lagi kesulitan saya. Saya tidak lagi mampu bangun Malam sebelum solat subuh seperti dulu kerana air Yang keluar tanpa apa apa rasa ini. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, masalah tuan boleh dikategorikan sama dengan mereka yang menghadapi kencing tidak lawas. Oleh itu, para fuqaha’ telah meletakkan beberapa garis panduan berwudhu’:-
1. Perlu dibersihkan dahulu bahagian kemaluan dan kemudian tutup bahagian kemaluan tersebut dengan kain atau seumpamanya agar titisan air kencing/mazi itu dapat dihalang dari terus menitis.
2. Segera berwudhu’ setelah berhati-hati dengan merasakan tidak lagi menitis air kencing/mazi selepas ianya ditutup dan wudhu’ tersebut perlulah diambil selepas masuknya waktu solat.
3. Wajib berwudhu’ bagi setiap solat fardhu (wajib) dan wudhu’ tersebut boleh digunakan untuk beberapa solat sunat selepas solat fardhu. Adapun untuk solat fardhu berikutnya wajib perbaharui wudhu’ serta menggantikan kain yang menutup kemaluan.
4. Wajib segera menunaikan solat selepas berwudhu’ untuk mengurangkan hadas.
Berdasarkan panduan di atas, wudhu’ tuan hanya sah bagi satu waktu solat fardhu, dan wajib perbaharui wudhu’ bagi setiap waktu solat fardhu.
Sekian, terima kasih.