BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya nak tanya tentang solat. Hidung saya selalu tersumbat dan tekak sentiasa berkahak. Kadang-kadang air liur saya terlampau banyak (hipersalivasi). Disebabkan hal ini, sebutan أ ع dan ه ح bagi saya seakan sama dan sukar untuk menyebut غ ketika membaca surah alfatihah. Adakah sah solat saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, masalah seperti hidung tersumbat, tekak sentiasa berkahak atau hipersalivasi memang boleh memberi kesan kepada sebutan huruf khususnya ketika membaca surah al-Fatihah dalam solat. Solat yang dilakukan tetap sah walaupun sebutan suara kedengaran hampir sama di antara dua huruf yang berbeza dengan syarat sebutan tersebut telah mengikut makhraj huruf yang betul.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 45

message user image