BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya nak tanya berkaitan air liur basi kan ada yg najis dan tidak..  bagaimana nak membezakannya?

dan apa hukum air liur yang terkena pada semua tu sbb tak pasti najis atau tidak ? serta kalau rambut basah atau tilam tertumpah air adakah air liur (kalau najis) berpindah ? maksud sy mula2 kan kena dkt bantal pastu rambut basah adakah rambut tu jadi najis pastu kawasan2 lain yg terkena tambut basah tersebut jadi najis jugak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan,

1- jika air liur yang keluar itu dari mulut orang yang sedang tidur, yang berasal dari perut, berwarna kuning dan berbau busuk, hukumnya adalah najis

2- jika najis itu najis 'aini iaitu najis (air liur) yang masih kelihatan dan ada sifat-sifatnya sama ada warna, bau dan rasa, najis itu boleh berpindah jika kedua-duanya atau salah satunya (yakni yang menyentuh dan yang disentuh) dalam keadaan basah dan lembap. Jika kedua-duanya kering, maka najis itu tidak berpindah.

3- jika najis itu najis hukmi  di mana ain najis (air liur) telah tidak kelihatan dan hilang, maka tempat itu dianggap bersih dan tidak berlaku perpindahan najis. Walaupun demikian, ia tidak suci dan perlu disucikan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 51

message user image