Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..
Izinkan saya bertanya..sekiranya saya telah beristinjak dengan tisu..dngan bilangan 3 helai tisu...kemudian saya basuh pula kemaluan dengan air...adakah percikan air basuhan itu mutannajis?...ataupun musta'mal? musta'mal kalau dikatakan istinjak dengan tisu itu telah menjadikan najis itu najis hukmi...
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, Imam al-Nawawi menyatakan di dalam kitabnya:
Maksudnya: Apabila seseorang menyucikan tempat keluar najis dengan benda kering (seperti tisu), lalu najis ‘ain hilang dan yang tinggal hanyalah najis hukmi, maka tempat itu sah dianggap suci. Jika setelah itu disiram air, percikan air tidak dikira mutanajjis. (Al-Majmu' Syarh al-Muhadzdzab, jil. 2, ms. 572).
Manakala air yang terpercik dari anggota badan ketika dibasuh (jika anggota itu telah dibersihkan terlebih dahulu) tidak dihukumkan najis kerana ia hanya dianggap musta'mal (tidak najis tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci lagi) dan bukan mutanajjis (yang mengandungi najis).
Sekian, terima kasih.