Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ,
Saya ada 2 soalan untuk ditanyakan.
1. Saya pergi berkelah. Kemudian mandi sungai, sewaktu mandi di situ, lalu seekor anjing bersama tuannya berhampiran kami. Anjing tersebut mengibas-gibas badannya,maka air dibadannya terpercik pada kami. Bolehkah ustaz bagi penjelasan bagi situasi ini? Terima kasih sy ucapkan.
2. Baru-baru ini, sy terambik kotak yang dipercayai digunakan untuk meletakkan daging babi berdasarkan label di kotak tersebut. Sy baru perasaan hal ini pada hari ini apabila menggunakan kotak tersebut untuk meletakkan cawan untuk dibawa berkelah. Apakah yang perli sy lakukan? Terima kasih atas penjelasan.
Jawapan
Islam meletakkan sesuatu hukum itu adalah berdasarkan kepada sesuatu yang jelas, nyata dan yakin sahaja. Manakala bagi sesuatu yang tidak jelas, tidak nyata dan tidak yakin itu maka perkara tersebut adalah terkecuali. Sehubungan itu, jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.
Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu tidak bernajis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka kekal bersih dan suci.
Merujuk kepada persoalan saudari,
1) Jika air percikan dari badan seekor anjing yang basah terkena pada badan atau pakaian maka pada ketika badan atau pakaian yang terkena percikan air tersebut maka ia menjadi najis dan perlu disertu.
2) Jika kotak yang diambil tidak dapat dipastikan terdapat padanya najis seperti darah dan sebagainya dari sebahagian daging babi, maka tidak perlu disertu. Sekiranya kotak tersebut tidak mempunyai najis dan digunakan sebagai tempat untuk meletakkan cawan semasa berkelah, maka cawan tersebut kekal bersih dan suci tidak perlu disertu.
Sekian, terima kasih.