Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya.. saya ada bela kucing dan kucing itu diberikan pasir untuk berak dan kencing di dalam tempat khasnya.. kucing saya dibebaskan di dalam rumah dan tidak dikurung, adakah pasir ii yang berada disekitar rumah disebabkan kucing itu dikira sebagai najis?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya dapat dipastikan terdapat kesan najis atau kencing kucing pada pasir tersebut seperti terdapat bau, warna atau rasa, maka pasir itu dianggap bernajis. Namun sekiranya tidak dapat dipastikan atau hanya sekadar sangkaan, maka pasir itu dianggap suci dan tidak bernajis.
Sekian, terima kasih.