Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum. sy ada satu kemusykilan dan soalan. sy beli penyedut asap dapur daripada seorang bangsa cina. setelah sy pulang, sy telah buka dan cuci semua bahagian untuk membersihkan grease yg ade dan sebagainya. jadi soalan sy, adakah sy perlu samak/sertu tangan sy dan alat penyedut asap tersebut? kerana dikhuatiri pemilik sebelum sy telah gunakan untuk memasak daging babi dan grease tersebut hasil daripada daging babi tersebut
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, sesuatu hukum terbina sekiranya terdapat keyakinan. Dalam hal ini, jika hanya syak (ragu), penyedut asap tersebut tidak perlu disertu. Tindakan mencuci dengan air bersih sudah memadai. Kaedah fiqh menyebutkan:
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dihilangkan dengan keraguan.
Sekian, terima kasih.