BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum....saya ada soalan yang agak berat juga....berkaitan dengan iddah...saya tak tau nak merujuk dekat siapa sebab perkahwinan nie di buat dekat thailand...jdi pada awal bulan December saya dan suami telah bercerai...pada tarikh 5/12/2024...atas kehendak saya...cuma sya nak tanya berkenaan dengan iddah sya...sebab period saya tak menentu ...last period bulan ogos....smpai sekarang tak ada period...tapi sya dh check memang tak mengandung...jadi sekarang saya ada ambil pil hormon...untuk turun kan period saya...adakah iddah saya sah sekiranya saya period di sebabkan kesan pengambilan ubat ..sedangkan kalau tak ambik ubat period saya tak teratur....2 3 bulan sekali...sebab saya stress and ada penyakit thyroid...harap boleh menjawab soalan sya ya


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, penceraian tersebut mestilah disahkan terlebih dahulu oleh pihak Mahkamah Syariah. Jika bernikah dan terus bermastautin di negara Thailand, sebaiknya urusan penceraian juga disahkan dan diselesaikan di Thailand. Namun, jika menetap di Malaysia perlulah mengikut peruntukan Undang-undang Keluarga Islam di negeri masing-masing dengan mendaftar pernikahan tersebut di Malaysia. Penceraian yang berlaku juga mesti dilaporkan dan disahkan oleh Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal. 

Manakala mengenai tempoh iddah, bagi wanita yang belum menopaus (masih didatangi haid) maka tempoh iddahnya adalah 3 kali suci. Ia berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 228:

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ ۚ

Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).

Sekiranya wanita yang belum menopaus tidak didatangai haid untuk tempoh masa yang panjang dan diketahui punca keadaan tersebut seperti menyusukan bayi atau mengambil ubat-ubatan maka tempoh iddahnya 3 kali suci sebagaimana ayat di atas. Wanita tersebut perlu menghilangkan atau mengatasi punca tersebut dan menunggu hingga 3 kali suci sebagaimana tindakan puan mengambil ubat bagi menurunkan darah haid, sah kiraan tempoh iddah tersebut iaitu 3 kali suci. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 66

message user image