Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam..suami ada buat hutang atas nama saya..tapi dia tak ada usaha nak bayar..bila saya nak bekerja dia tak bagi.hutang tu banyak juga dalam 20k++.nama saya juga sudah di istihar bankrap sebab suami ada guna nama dalam syarikat bekas majikan dia.saya tiada mendapat imbuhan apa-apa.semua imbuhan dia guna tanpa berikan pada saya.apakah dalam keadaan ini saya perlu lagi taat.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki.
(Riwayat Ibn Hibban)
Ketaatan kepada suami adalah wajib dan pahalanya sangat besar di sisi Allah SWT. Selagi mana ketaatan tidak melanggar syariat Islam dan menjurus kepada perlakuan maksiat, maka hendaklah dipatuhi. Berkaitan isu pinjaman tersebut, suami isteri perlu berbincang secara baik demi kemaslahatan natijah kedua-dua pihak. Puan boleh rujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah tempat di mana puan tinggal untuk mendapatkan pandangan serta nasihat dalam perkara ini. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan puan sekeluarga.
Sekian, terima kasih