BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya nk tnye, ada seorang pegawai ni dia offer projek kat saya. Tapi saya tak pasti nk terima ke tak sbb saya takut rezeki tu tak berkat. Kalau saya terima, saya rasa memang saya akan bagi sedikit duit la kepada pegawai tu sebagai tanda penghargaan sebab dah bagi projek kat saya kan. Pegawai tu takde minta habuan pon, cuma kalau saya terima projek tu, mesti saya akan bagi hadiah la sikit sbgai tanda terima kasih. Dan untuk pengetahuan, projek tu bukan open projek mcm perlukan bersaing atau apa. Cuma pegawai tu offer kat saya.

Jadi saya nk tanya, hukum saya terima projek tu berdosa ke tak? Dan berkat tak rezeki tu?

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umum, menerima sebarang projek yang ditawarkan secara langsung adalah dibenarkan dan hasil yang diperolehi adalah halal. Begitu juga harus kepada penerima projek untuk memberi hadiah sama ada berbentuk wang atau sebagainya kepada pegawai yang menawarkan projek tersebut. Namun pegawai tersebut hendaklah memaklumkan serta perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Majikan atau Ketua Jabatan tempat dia bekerja. Kegagalan berbuat demikian dianggap sebagai suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang atau tatatertib. Penerimaan hadiah tersebut perlu melalui prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 76

message user image