BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, dulu suami saya pernah berlaku curang dan waktu itu saya sudah bertekad untuk pergi ke pejabat agama untuk bercerai, tetapi suami saya merayu untuk memaafkan dia dengan ucapan taklik "kalau saya buat lagi, kita dah tak ada apa apa lepasni" , jadi selepas beberapa bulan, saya check telefon suami saya di aplikasi telegram dan suami saya selalu melanggan dan menonton video lucah , jadi persoalannya , jatuh tak talak taklik itu? sebab dia selalu tengok video lucah perempuan lain. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, ucapan taklik suami "kalau saya buat lagi, kita dah tak ada apa apa lepasni" boleh dikategorikan sebagai lafaz taklik talak secara kinayah. Jika suami berniat cerai semasa melafazkannya, maka ia boleh menyebabkan jatuh talak ke atas isteri. Sehubungan itu, situasi ini perlu dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk penjelasan selanjutnya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 89

message user image