BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalam mualaikum , Saya ingin bertnye , Saya bergurau dengan isterii saya bersertakan Ibu dan Ayah beliau , Saya telah berkata Mak ayah ambik la dia semmula bawak balik , adakah jatuh talak ? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, ayat yang dikatakan oleh suami iaitu; Mak ayah ambik la dia semmula bawak balik, boleh dikategorikan sebagai lafaz talak secara kinayah. Maksudnya, boleh jatuh talak sekiranya suami berniat cerai semasa melafazkan ayat tersebut. Namun, sekiranya tiada niat cerai, maka talak tidak berlaku. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 80

message user image