BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan, 

Saya Akmal, saya ada soalan. Partner saya Financial Advisor. Namanya Mimie. Dia boleh sediakan Quotation Takaful & juga Insurans. Tapi dia hanya fokus pada Takaful sahaja. Dekat sini ada kemusykilan, sekiranya Company Takaful Client xnak ambil, Boleh ke kita terpaksa pilih Insurans disebabkan mengikut kehendak Client. Client itu bukan islam.

Soalan kedua, sekiranya Company Takaful reject disebabkan Client pernah ada isu, & Company Insurans sahaja yang boleh offer Polisi itu, Boleh ke Mimie buatkan Insurans untuk Client itu disebabkan xde pilihan Takaful.

Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umumnya, takaful merupakan sistem yang berlandaskan Syariat Islam yang bukan hanya terhad kepada pelanggan Islam sahaja, bahkan pelanggan bukan Islam juga boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut. Merujuk kepada persoalan,  seseorang yang bekerja  sebagai Financial Advisor adalah lebih baik menjelaskan terlebih dahulu perbezaan takaful dan insurans dan kelebihan takaful berbanding insurans. Jika pelanggan bukan Islam tersebut tetap memilih insurans, Puan Mimie tuan perlu mengesyorkan pelanggan tersebut kepada agen bukan Islam untuk menguruskan insuransnya dan seorang muslim seharusnya mengelakkan diri daripada terlibat dengan insurans.

Manakala soalan kedua, jika permohonan takaful seorang pelanggan telah ditolak oleh semua institusi takaful disebabkan isu-isu berbangkit terdahulu dan pelanggan tiada pilihan lain selain dari mendapatkan perlindungan insurans maka dalam situasi ini sebagaimana dalam situasi di atas Puan Mimie perlu mengesyorkan pelanggan tersebut kepada agen bukan muslim untuk menguruskan pelindungan insurans pelanggan tersebut, kerana kegagalan pelanggan mendapat perlindungan takaful bukan alasan untuk membolehkan Puan Mimie menguruskan kontrak

insurans untuk pelanggan tersebut. 

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 75

message user image