Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum soalan saya,adakah jatuh talak sekiranya suami wasap perempuan lain dan berbohong sudah berpisah/bercerai atau duda (dalam wasap pun tidak pernah mengiyakan penceraian tapi hanya merespon emm kepada pertanyaan wanita lain tersebut) dan lelaki tersebut tidak berniat langsung menceraikan isteri dia yang sebenarnya.kerana banyak jawapan yang saya jumpa mengatakan tidak jatuh talak kerana tidak berniat tetapi hanya berdosa berdusta.mohon penjelasan
Jawapan
Lafaz talak atau apa-apa perkataan yang boleh membawa maksud talak atau telah bercerai yang ditulis dalam bentuk penulisan melalui apa-apa aplikasi media sosial boleh dianggap sebagai lafaz kinayah atau kiasan iaitu lafaz yang tergantung kepada niat seseorang suami ketika menulis perkataan tersebut, seandainya suami berniat talak atau telah mentalakkan isterinya, maka jatuhlah talak. Namun sebaliknya seandainya suami tidak berniat talak atau sekadar berbohong atau menipu sahaja, maka talak tidak berlaku. Akan tetapi perbuatan menipu adalah haram dan berdosa di dalam agama Islam.
Walau bagaimanapun sekiranya tuan inginkan pengesahan lanjut, tuan boleh merujuk perkara ini kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah berdekatan tempat tinggal.
Sekian, terima kasih