Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apakah hukum membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun pada hujung tahun dan awal tahun masihi. Lazimnya doa akhir tahun dan awal tahun dibaca pada hujung tahun dan awal tahun hijrah.
Jawapan
Harus membaca doa akhir tahun dan awal tahun berdasarkan kepada tahun masihi adalah diharuskan dengan syarat tidak beriktikad ada sebarang kelebihan membaca doa tersebut. Ini kerana doa adalah sangat digalakkan pada bila-bila masa.
Sekian, terima kasih.