BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, saya mohon tuan/puan jelaskan, apakah hukum mewarnakan bulu badan seperti bulu kaki, bulu ketiak dan bulu kemaluan dengan apa apa jenis pewarna yang telus air (boleh serap air)? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, diharuskan mewarnakan bulu kaki, ketiak atau kemaluan dengan syarat:

  1. Pewarna tersebut bersifat telus air (tidak menghalang air wuduk atau mandi).

  2. Tidak menggunakan warna hitam dengan niat menipu umur atau warna selain hitam dengan niat yang sama serta meniru dan menyerupai golongan fasiq dan kafir.

  3. Tidak menyebabkan fitnah atau menarik perhatian secara berlebihan.

  4. Tidak melibatkan bahan najis atau haram.

Sebaiknya sebarang perbuatan yang tiada tujuan khusus dan manfaat dari sudut syarak ditinggalkan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah meskipun perbuatan tersebut diharuskan secara umumnya. Dan bagi mengelakkan pembaziran yang dilarang dalam Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 74

message user image