BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

saya ada satu soalan:

Semasa saya mandi wajib, saya telah bersihkan anggota badan saya yang terkena cat. Akan tetapi, setelah saya solat, saya ternampak bintik- bintik halus kesan daripada cat. Jadi, saya mandi wajib semula dan cuba menyental kesan cat yang melekat tetapi sebahagian cat itu masih meninggalkan kesan yang halus. Adakah mandi wajib saya tidak sah.


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Berdasarkan soalan di atas, rukun atau fardu mandi junub ada tiga iaitu:-

            1) Niat mengangkat hadas besar atau mengangkat janabah

            2) Membersihkan najis dan kotoran yang melekat pada badan dan menghalang air daripada sampai ke kulit.

            3) Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk kulit dan bulu-bulu yang ada di badan.

Merujuk soalan yang diajukan, disarankan supaya berusaha semampunya untuk menghilangkan kesan cat yang melekat tersebut terlebih dahulu. Sekiranya didapati masih terdapat juga kesan cat kerana sukar dihilangkan walaupun sudah disental, maka ia dimaafkan dan hukum mandi wajib itu sah walaupun ada kesannya dan tidak perlu untuk mengulangi mandi wajib.

.والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 42

message user image