Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Izin bertanya, benarkah lelaki yg diwajibkan solat jumaat dibenarkan beli air di gerai tepi masjid ketika khutbah, kerana dalam hasyiah bajuri disebutkan boleh tapi makruh untuk jual beli di kawasan tempat berkumpul jumaat kerana ia tidak menjadikan lalai daripada mendirikan jumaat, saya khuatir sy silap faham dalam situasi ini. Terima kasih ustaz yang dikasihi
Jawapan
Merujuk pada petikan di dalam kitab Hasyiah Bajuri adalah seperti dilampirkan.
Pemahaman yang tepat adalah seperti berikut.
Ini kerana adalah makruh berjual beli setelah azan pertama (waktu zohor) sebelum azan kedua.
Imam al-Syafii rahimahullah menyatakan bahawa: “Apabila imam (khatib) telah berada di atas mimbar dan muazzin mula mengumandangkan azan, maka haram berjual beli ke atas kedua-dua (penjual dan pembeli) sama ada mereka diwajibkan solat jumaat atau salah seorang sahaja daripada mereka yang wajib jumaat. (al-Umm)
Imam Ibnu Kathir al-Syafii Rahimahullah menyebutkan bahawa; “Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jual beli selepas azan kedua”. (Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir)
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.