Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Bolehkah saya menyambung mandi wajib setelah mengambil air wudhu? Apakah perlu mandi wajib semula atau boleh hanya sambung bahagian yg merasa tidak merata?
Jawapan
Para ulama’ telah menetapkan bahawa syarat fardu bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:
Melihat kepada syarat fardu bagi menentukan mandi wajib seseorang itu sah atau sebaliknya, seseorang itu hanya perlu untuk menghilangkan najis dibadannya sekiranya ada dan meratakan air ke seluruh badan dengan disertakan niat untuk mengangkat hadas besar. Manakala wudhuk ketika mandi wajib adalah perkara sunat sahaja. Untuk itu, tuan dinasihatkan meneruskan sahaja mandian walaupun terhenti seketika dengan sebab mengambil wudhuk.
Sekian, terima kasih.