Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum boleh saya bertanya tentang hukum orang yg berkerja di tadika non muslim dan orang itu akan selalu kena melayani budak² non muslim , so termasuk najis ke kita yg taktau dorang ada bela anjing lepastu berpeluk atau bersentuhan dngn teacher boleh ke ??dan bagaimana hukum pada kita tuk solat dan baju yg dipakai ?? apakah perlu disamak atau bagaimana??
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa sesuatu itu ada atau menjadi najis sekiranya jelas yakin terdapat ain najis yang kelihatan. Jika tiada bukti yang jelas akan kewujudan najis (contoh najis dari anjing), maka memadai menganggapnya tiada. Kaedah fiqh menyebutkan:
Maksudnya: Keyakinan itu tidak dapat dihapuskan dengan perasaan syak (tidak pasti).
Sekian, terima kasih.