BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Sahibussamahah Mufti. Saya ingin bertanya. Saya seorang pelajar Universiti. Kadangkala ada pihak-pihak yang memberikan free food kepada mahasiswa. Apa hukumnya sekiranya kita menjual free food yang diambil? Adakah haram? Mohon penjelasannya.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Secara umumnya, hukum menjual barang yang disedekahkan atau yang dihadiahkan adalah harus dengan syarat penerima sedekah telah terima barang tersebut. Ini kerana barang yang disedekahkan telah bertukar milik. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar RA, kata beliau:

أَخَذَ عُمَرُ جُبَّةً مِنْ إِسْتَبْرَقٍ تُبَاعُ فِي السُّوقِ، فَأَخَذَهَا، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ابْتَعْ هَذِهِ تَجَمَّلْ بِهَا لِلْعِيدِ وَالوُفُودِ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لاَ خَلاَقَ لَهُ» فَلَبِثَ عُمَرُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَلْبَثَ، ثُمَّ أَرْسَلَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِجُبَّةِ دِيبَاجٍ، فَأَقْبَلَ بِهَا عُمَرُ، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ: إِنَّكَ قُلْتَ: «إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لاَ خَلاَقَ لَهُ» وَأَرْسَلْتَ إِلَيَّ بِهَذِهِ الجُبَّةِ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَبِيعُهَا أَوْ تُصِيبُ بِهَا حَاجَتَكَ»

Maksudnya: Umar membawa baju jubah yang dibuat daripada sutera yang dibelinya di pasar, jubah tersebut kemudian diberikan kepada Rasulullah SAW seraya berkata: Wahai Rasulullah, belilah jubah ini kerana ia boleh mempercantikkan penampilan ketika solat hari raya atau ketika menyambut para delegasi. Rasulullah SAW lalu berkata kepadanya: Ini adalah pakaian orang yang tidak akan mendapatkan bahagian (nikmat di akhirat). Kemudian Umar tidak kelihatan untuk beberapa waktu lamanya menurut apa yang Allah kehendaki, kemudian Rasulullah SAW mengirimkan kepada Umar sebuah jubah sutera. Maka Umar pun membawanya menemui Rasulullah SAW seraya berkata: Wahai Rasulullah SAW, tuan telah memberikan pakaian ini untukku, padahal tuan telah berkata, Ini adalah pakaian orang yang tidak akan mendapat bahagian (nikmat di akhirat). Lalu mengapa tuan mengirimnya kepadaku? Maka Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: Juallah, atau dengannya boleh memenuhi kehendakmu. (Riwayat al-Bukhari) 

Walau bagaimanapun, merujuk kepada situasi yang ditanyakan, pada kebiasaanya makanan percuma yang diberikan kepada pelajar seperti di unverisiti adalah untuk membantu mereka yang memerlukan. Mengambil makanan tersebut secara berlebihan untuk diri sendiri atau menjualnya kepada orang lain, dibimbangi boleh dianggap telah mengambil hak orang lain yang memerlukan.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 98

message user image