Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya ingin bertanya, misal kata saya membuang air kecil kemudian membasuh anggota badan terlibat menggunakan air daripada hos yang mempunyai water pressure tinggi, apakah hukum apabila air yang menyentuh anggota badan yang bernajis itu jatuh ke lantai/pakaian? adakah ia dikira suci kerana dikategorikan sebagai air basuhan?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, air yang digunakan untuk membasuh najis adalah suci jika sifatnya (bau, warna, rasa) tidak berubah akibat terkena najis.
Jika air jatuh ke lantai atau pakaian, ia tidak menjadikan lantai atau pakaian najis selagi mana air tersebut tidak membawa najis atau tidak berubah sifatnya.
Namun, pendekatan berhati-hati dalam perkara ini adalah memastikan najis hilang sepenuhnya dengan cara membasuh dan mengalirkan air secukupnya.
Sekian, terima kasih.