Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualikum Ustaz/ Ustazah,
saya ada satu soalan yang ingin dituju dan ia merupakan mengenai pekerjaan yang ditawarkan disesebuah syarikat. Soalan saya apa hukum jika saya berkerja di syarikat "Nirvana momerial park" yang ustaz/ustazah tahu tempat nye hampir semua cina. Dan saya akan ditempatkan di unit penyelian banggunan sebagai kerani dan di unit penyelian bangunan situ hampir semua staff melayu. Mohon pencerahan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari,
Pekerjaan sebagai kerani di syarikat pengurusan pengebumian orang bukan Islam adalah diharuskan selagimana tidak terlibat secara langsung dengan ritual keagamaan bukan Islam ditempat tersebut. Ritual keagamaan adalah aktiviti atau upacara yang berkait dengan kepercayaan atau amalan agama tertentu. Contohnya:
Selagimana urusan pekerjaan adalah berkaitan dengan mengurus bangunan maka pendapatnnya adalah harus. Adalah digalakkan untuk mendapatkan pekerjaan lain sekiranya mampu untuk berbuat demikian.
Sekian, terima kasih.