Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz, semoga Allah merahmati. Saya bekerja sebagai seorang agent untuk sebuah brand. Di bawah brand tersebut mempunyai banyak agensi. Sewaktu saya di Agensi A, saya kurang berjaya membuat sales akibat kekangan ilmu dan environment yang tidak sesuai untuk saya.
Apabila berhijrah ke Selangor, saya menjumpai satu Agensi B yang baru mempunyai team yang hebat dan dari situ saya dapat membuat sales yang banyak. Akan tetapi tanpa saya sedari bahawa saya tidak boleh menggunakan nama saya kerana syarat untuk akaun atas nama saya diactivate bersama Agensi A ialah tidak menghantar sebarang sales selama dua tahun. Antara sebab perkara ini dibuat oleh Brand adalah tidak mahu mana2 agensi bergaduh akibat mencuri agent dari agensi lain.
Dari side pengurusan, Agensi A tidak kisah sama sekali tentang penghijrahan saya sebab saya bukanlah jaguh di team mereka ketika itu. Cuma brand ini ada peraturan bahawa tidak boleh menghantar sales di atas nama orang lain. Saya perlu tunggu dua tahun untuk akaun saya diactivate di Agensi A dan mendaftar baru di Agensi B.
Disebabkan saya amat memerlukan duit, saya membuat satu akaun nama isteri, dan isteri saya sambil beliau bekerja sebagai guru, beliau ada membantu saya mencari sales, akan tetapi 90% dari customer adalah hasil pencarian dari saya. Saya berinteraksi dengan customer menggunakan nama saya kerana saya dan isteri adalah agent yang sah. Cuma semua sales saya dihantar melalui nama isteri saya. Dari situ saya dapat mendapat komisen yang banyak.
Soalan saya, adakah haram hasil pendapatan saya kerana saya tidaklah menzalimi brand sebab saya membantu mereka membuat sales yang banyak, kedua saya juga tidak menzalimi Agensi A kerana Agensi A tidaklah memerlukan saya kerana saya bukanlah jaguh di dalam team mereka.
Agensi B tahu akan perkara ini, dan mereka mengizinkan saya membuat sales sehinggalah saya dapat membuat akaun yang baru. Saya amat memerlukan duit untuk menyara isteri dan anak. Adakah haram hasil pendapatan saya ini Ustaz.
Semoga Allah merahmati Ustaz atas kesudian Ustaz menjawab soalan ini. Wallahualami
Jawapan
Islam amat menggalakkan umatnya bekerja dan mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup. Setiap individu yang mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi fizikal dan mental adalah dituntut agar bekerja. Islam amat memuji pekerja yang mahir lagi profesional sebaliknya menegah manusia daripada sifat malas dan meminta-minta. Bekerja boleh menjadi ibadah yang terbaik kerana ia juga merupakan sunah Nabi. Dalam masa yang sama, pekerjaan yang terbaik pula adalah daripada hasil usaha tangan sendiri. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis:
Maksudnya: Sesiapa yang pada petang harinya berasa letih daripada amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya. (Riwayat at-Tabrani)
Secara umumnya, sekiranya telah diketahui oleh majikan (agensi B) tentang perkara tersebut, maka ia diharuskan dengan syarat untuk segera mendaftarkan nama tuan selepas tempoh sekatan telah tamat.
Sekian, terima kasih