BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya nak bertanya baru" ni saya ada buat wakaf untuk arwah mak dan arwah ayah saya tapi takde pula melafazkan apa" yang menjadi kebiasaan kan kita ada melafazkan sekian" ayat tapi saya takde pun lafazkan apa" sebab terlupa orang masjid tu pun takde kata apa" kena lafaz ke apa tetapi saya memang ikhlas buat dan ada dihujungnya pegawai masjid ada lah bagi sedikit kata" macam semoga pahala ini sampai, semoga arwah" ditempatkan diakalagan orang beriman ha macam tu tapi 

 

macam mana ya sah kan wakaf tu? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Asal dalam sesuatu ibadah adalah bergantung kepada niat. Ini sebagaimana yang hadis yang diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: :

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

Yang maksudnya: Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niatnya masing-masing. Dan sesungguhnya balasan bagi seseorang itu berdasarkan apa yang diniatkan. (Muttafaqun `alaih)

Dan kaedah umum dalam fiqh juga menyebut:

الْأُمُور بِمَقَاصِدِهَا

Maksudnya: Hukum bagi perkara-perkara bergantung kepada tujuan-tujuannya.

Oleh yang demikian, wakaf tersebut adalah sah kerana tuan telah berniat untuk mewakafkan sesuatu khas untuk arwah ibu dan bapa tuan. Niat tidak mewajibkan lafaz sebagaimana yang kita faham dalam masyarakat kerana niat tempatnya di hati dan didefinisikan sebagai:

ِقَصْدُ الشَّيْءِ مُقْتَرِنًا بِالفِعْل

Maksudnya: Berkehendak melakukan sesuatu disertai dengan melakukan perbuatan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 78

message user image