BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ada seorang kawan. Dia sedang hamil tetapi lelaki ini melambat-lambatkan pernikahannya dan lagi 1 mereka ini tinggal serumah. Apa yang perlu dia lakukan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, adalah dicadangkan agar saudari memanjangkan maklumat ini dengan membuat aduan di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Aduan boleh dibuat di talian hotline 24 jam 1800-88-2424 atau 03-55143666/3668/3661 atau boleh hadir ke Bahagian Penguatkuasaan di Pejabat Agama Islam yang berhampiran, atau terus ke Bahagian Penguatkuasaan JAIS di Aras Bawah, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 124

message user image