BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya dari tahun 2009 tak pernah ganti puasa sehingga tahun 2024. Setiap tahun sekurang-kurangnya dalam 10 hari saya tinggalkan puasa. Bagaimana cara pengiraan fidyah yang saya perlu bayar? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, puasa ramadhan tetap wajib diganti (ganti) mengikut jumlah hari dan tahun yang ditinggalkan. Manakala bayaran fidyah, Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor Bil. 1/2001 telah memutuskan terdapat dua kaedah bayaran fidyah sama ada digandakan atau tidak digandakan sebagaimana pautan berikut: https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/25/hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah/ 

Oleh itu, puan boleh membuat bayaran dengan pilihan tersebut di kaunter Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau membuat bayaran secara dalam talian di laman sesawang LZS pada pautan berikut:

https://fpx.zakatselangor.com.my/ 

Contoh bayaran fidyah dengan gandaan

Gandaan bermula selepas tahun tinggal puasa. Tahun tinggal puasa 2009, jadi kiraan gandaan bermula 2010 hingga 2024

2010 (RM2 x 10 hari x 15 tahun) = RM300

2011 (RM2 x 10 hari x 14 tahun) = RM280

2012 (RM2 x 10 hari x 13 tahun) = RM260

2013 (RM2 x 10 hari x 12 tahun) = RM240

2014 (RM2 x 10 hari x 11 tahun) = RM220

2015 (RM2 x 10 hari x 10 tahun) = RM200

2016 (RM2 x 10 hari x 9 tahun)   = RM180

2017 (RM2 x 10 hari x 8 tahun)   = RM160

2018 (RM2 x 10 hari x 7 tahun)   = RM140

2019 (RM2 x 10 hari x 6 tahun)   = RM120

2020 (RM2 x 10 hari x 5 tahun)   = RM100

2021 (RM2 x 10 hari x 4 tahun)  = RM80

2022 (RM2 x 10 hari x 3 tahun)  = RM60

2023 (RM2 x 10 hari x 2 tahun)  = RM40

2024 (RM2 x 10 hari x 1 tahun)  = RM20

                                         Total   = RM2400 

Contoh bayaran fidyah tanpa gandaan:

RM2 (Pilihan beras mengikut jenis beras yang dimakan) x 160 hari (jumlah keseluruhan hari tidak berpuasa) = RM320

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 105

message user image