Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
HUKUM TIDAK MAHU MEMPUNYAI ANAK SELEPAS NIKAH
Assalamualaikum Tuan,
Saya pernah bernikah dan cerai. Pada pernikahan yg dulu, anak saya meninggal dalam kandungan. Jenazah anak saya cacat.
Saya bercadang untuk bernikah pada tahun depan tetapi saya mengalami trauma untuk mempunyai anak kerana khuatir akan berulang kejadian lalu kehilangan dan kecacatan pada zuriat saya. Usia saya sudah hujung 40an. Jika menurut ilmu kedoktoran lebih kepada faktor kesuburan dan berisiko untuk kandungan.
Mohon pencerahan terhadap isu saya ini.
Terima Kasih.
Jawapan
Anak merupakan anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada pasangan yang Dia kehendaki. Walau bagaimanapun, bagi pasangan yang tidak mahu zuriat dengan pelbagai sebab atau punca, terutama sekali setelah mendapat pengesahan dari doktor atau pandangan dari pihak yang pakar dalam hal ini, bahawa akan ada mudarat atau risiko bila seseorang perempuan itu mengandung dan melahirkan anak, maka ketika itu ia tidak dikira sebagai satu kesalahan dan berdosa di sisi syara.
Sekian, terima kasih.