BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Seorang suami telah menceraikan isterinya dengan talak 1 di rumah beberapa tahun lalu. Namun, 2 hari kemudian.. suaminya menyatakan dengan jelas kepada isteri utk ruju' semula. Isteri bersetuju utk ruju' semula. Adakah ruju' itu sah di sisi islam..? 

Isteri tadi menyatakan hasrat kepada suami utk mendaftarkan perceraian tersebut di mahkamah. Namun suaminya x bersetuju kerana bimbang akan mengaibkan rumahtangga. Isteri tadi tidak mendaftarkan perceraian tersebut dan suami pula menyatakan.. ruju' itu sah di sisi islam.. hanya sahaja tidak didaftarkan.. 

 

Persoalannya... Beberapa tahun kemudian.. isteri tadi hamil dan melahirkan seorang anak dari benih suaminya itu tadi. Dan telah didaftarkan secara sah di jabatan pendaftaran agama. Namun, atas masalah dan konflik yg dihadapi.. isteri tadi merasakan jalan perpisahan adalah yg terbaik buat kedua2nya. Dan menyedari bahawa isteri tadi perlu membuat permohonan pengesahan penceraian kali pertama yg tidak didaftarkan dulu sekiranya ingin memohon perceraian kali ini. Sekiranya perceraian talak 1 telah disahkan.. apakah status pendaftaran kelahiran anak tadi ? Harap dapat membantu menjawab kemusykilan ini. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, puan perlu membuat pengesahan penceraian pertama di Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Seandainya penceraian itu tidak disahkan, maka tidak perlu rujuk dan anak tersebut adalah anak yang sah. Jika penceraian pertama itu disahkan, maka puan perlu membuat pengesahan rujuk pula daripada pihak Mahkamah Syariah. Pihak Mahkamah Syariah adalah pihak yang berbidangkuasa di dalam menentukan sah atau tidak sesuatu penceraian itu. Puan disarankan untuk merujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah tempat puan tinggal untuk mendapatkan maklumat dan nasihat lanjut.

Untuk makluman, sebarang penceraian dan rujuk yang tidak dimaklumkan atau didaftarkan kepada pihak berwajib adalah suatu kesalahan mengikut Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 85

message user image