BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.... 

Saya nak bertanya tentang suatu perkara.

Apakah saya boleh membuat andaian bahawa najis" yang terdapat di kawasan perumahan saya adalah najis daripada anjing walaupun saya tidak pernah melihat secara langsung najis tersebut adalah daripada anjing. Hal ini kerana terdapat banyak anjing liar di kawasan perumahan saya

Hal ini kerana saya ada terbaca artikel jika najis yang dipijak tersebut perlulah dilihat dengan mata dan kepala sendiri sama ada dari anjing atau tidak untuk memastikan bahawa ianya najis mughallazah dan juga bagi urusan sertu 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, selagi mana kita tidak jelas dan yakin sesuatu najis itu adalah najis daripada anjing atau khinzir, maka tidak wajib sertu dilakukan. Hal ini kerana Islam tidak memberatkan umatnya dan bersusah payah dalam perkara agama.

Islam meletakkan sesuatu hukum itu adalah berdasarkan kepada sesuatu yang jelas, nyata dan yakin sahaja. Manakala bagi sesuatu yang tidak jelas, tidak nyata dan tidak yakin itu maka perkara tersebut adalah kembali kepada apa yang diyakini. Ini merujuk kaedah fiqh: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 42

message user image