Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum , saya ingin bertanya sekiranya seseorang itu mewarnakan rambut dan pada mulanya penjual itu mengatakan ia telus air dan bole dibawa solat . Tetapi selepas memakainya ia merasa was was akan bahan tersebut . Adakah si pemakainya perlu botakkan seluruh rambutnya ?
Jawapan
Secara asasnya, sesuatu yang secara asasnya diyakini adalah telus air dan boleh membawa solat sebagaimana dijelaskan oleh penjual tersebut sebelum mewarnakan rambut (mengikut yang dibenarkan syarak) ia adalah dibolehkan. Jika sekadar andaian atau tidak pasti adakah ia telus air dan boleh membawa solat atau tidak, maka ia kembali kepada kaedah fiqh:
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan
Jadi, jika diyakini pewarna tersebut jenis telap air melalui pihak yang menjualnya dan kemudian timbul was-was maka pada ketika itu tidak perlulah membotakkan kepala.
Sekian, terima kasih.