Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Saya ingin bertanya, kerana saya sedikit keliru, sekiranya seseorang wanita itu haid mengikuti kadarnya kemudian berlaku istihadah. Adakah perlu wanita tersebut mandi wajib terlebih dahulu dan menjalani hari seperti biasa istihadahnya dengan bersuci sebelum solat dan beribadah? Atau dibolehkan tidak mandi wajib, tunggu selesai darah istihadah baru mandi wajib?
Harap dapat membantu, terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, seorang wanita yang telah sampai tempoh maksimum haid/ tamat haidnya kemudian masih lagi keluar darah, darah itu adalah dikira sebagai istihadah. Maka, setelah tamat tempoh haidnya, wanita tersebut wajib mandi wajib terlebih dahulu dan barulah kemudiannya menjalani ibadah harian seperti biasa. Adapun bagi melaksanakan ibadah solat ketika istihadah, seorang wanita itu perlulah melakukan kaedah seperti berikut setelah masuk waktu solat:
Maksudnya : Sahaja aku berwuduk untuk mengharuskan fardhu solat kerana Allah Taala.
Wuduk yang diambil hanya sah untuk satu waktu solat fardu sahaja.