Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum mufti
Berkenaan dengan situasi saya, saya bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat. Saya mendapat tahu syarikat saya tak tukar barang yang rosak dalam perjanjian dan kontrak yang diberikan. Hanya hantar repair ke vendor luar. Selepas siap repair saya diberi tugas untuk memasangnya semula ke tempat asal. Saya dah mengadu kepada pihak yang memantau segala aktiviti ni tapi masih sama. Adakah saya dikira berdosa menipu jugak atas arahan majikan dan apakah status gaji pendapatan saya halal or berkat. Saya tiada pilihan untuk kerja lain. Harap mufti dapat membantu.
Jawapan
Sebagaimana riwayat Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad SAW:
Maksudnya: Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati. (Riwayat Ab Daud)
Secara umumnya, perbuatan yang dilakukan majikan adalah berdosa kerana menipu ke atas perkhidmatan yang sepatutnya dilakukan. Namun tuan hanyalah seorang pekerja dan pekerjaan tuan adalah sebagaimana yang diarahkan oleh majikan. Tuan juga telah melaporkan kepada pihak yang berkenaan dan tiada tindakan dilakukan bagi mengatasi permasalahan ini. Ada baiknya tuan melaporkan kepada pihak berkuasa atas tindakan penipuan yang dilakukan oleh majikan.
Sekian, terima kasih