BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Maaf untuk bertanya kerana perkara ini mungkin sedikit mengaibkan. Saya pernah beronani untuk satu jangka masa yang panjang dan belum  berkahwin lagi. Sekarang, saya berusaha untuk bertaubat dari melakukan onani kerana sedar ianya haram dilakukan. Sebelum ni, saya tak sedar tentang perbezaan najis antara air mani dan air mazi. Soalan saya :

1. Bagaimana jika air mani dan air mazi itu terkena di tempat yang saya tidak tahu atau tidak sedar? Contohnya, di tilam, lantai, dan objek-objek lain yang saya pegang? 

2. Jika air mani dan air mazi tersebut sudah terkena di tempat saya tidak tahu atau tidak sedar, bagaimana pula dengan orang lain yang tersentuh permukaan tersebut? 

3. Apa yang saya perlu buat jika kedua-dua air tersebut terkena di tempat yang sukar untuk dibasuh? Contohnya tilam kerana kita tahu tilam berat dan tak mungkin untuk saya mampu basuh tilam tersebut. 

Saya berharap soalan saya mendapat perhatian dari pihak tuan dan puan kerana perkara ini sangat membimbangkan saya. Saya benar-benar mahu bertaubat, tapi perkara ini tiba-tiba saja menjengah ke fikiran saya dah saya mula rasa takut dan risau. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan,

1) Jika tidak dikenalpasti kawasan yang terkena air mazi tersebut maka kawasan tersebut adalah kekal bersih dan suci daripada najis.

2) Kawasan yang tidak diketahui adanya najis apabila disentuh oleh orang lain maka ia kekal suci.

3) Cukup sekadar dibuang ainnyam kemudian dialirkan air dengan menggunakan tapak tangan atau spray ke atas tempat yang terkena najis. Setelah itu, dilap dengan kain sehingga hilang bau, warna dan rasa najis tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 50

message user image