BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

1. Bagaimana nak jadikan air yang kurang dari 2 kulah didalam mangkuk tandas yang telah terkena najis suci semula?

2. Adakah flush menyucikan air mutanajis di dalam mangkuk tandas?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan,

1) Cara terbaik adalah dengan menggantikan air tersebut dengan air mutlak. Pastikan kesan najis dihilangkan dengan menyiram menggunakan air suci sehingga tiada warna, bau, atau rasa najis.

2) Flush boleh menyucikan air mutanajis di mangkuk tandas jika air flush adalah air mutlak dan ia berjaya menghilangkan semua kesan najis seperti warna, bau dan rasa. Jika kesan najis masih ada, siram atau bilas lagi dengan air bersih sehingga kesan najis hilang sepenuhnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 41

message user image