BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya ingin menggunakan gambar dari google ( yang mempunyai hak cipta) untuk mengubahsuai menjadi poster dan jual kepada awam sebagai bahan baru. Apakah hukum dari segi agama menggunakan gambar yang ada hak cipta itu jika saya sudah mengubah keaslian gambar tersebut. Mohon pencerahan 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menggunakan gambar yang mempunyai hak cipta tanpa izin walaupun diubahsuai adalah menyalahi saranan syariat kerana perbuatan tersebut melanggar hak pemilik asal. Hal ini kerana, penghormatan kepada hak cipta merupakan salah satu cara menjaga amanah dan keadilan dalam Islam.

Disarankan untuk mencari alternatif atau cara lain yang lebih baik seperti menggunakan sumber gambar yang bebas hak cipta atau menghasilkan karya sendiri. Sekiranya terdapat keperluan secara komersial, maka gunakanlah sumber yang jelas membenarkan penggunaannya sama ada dengan izin atau pembayaran. Hal sedemikian lebih diberkati dan bebas daripada unsur syubhah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 82

message user image