BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Depan rumah saya ada sedikit rumput saya tanam bunga tetapi rumput tersebut sudah menjadi tempat anjing tidur di waktu MLM boleh kah saya memegang rumput tersebut secara terus atau perlu memakai sarung tangan UTK membersih kan tempat tersebut


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada solan yang diajukan, menghukumkan najis terhadap sesuatu tidak boleh dibuat berdasarkan kepada andaian atau sangkaan. Selagi tidak dapat dipastikan dengan jelas terdapat ain najis atau kesannya seperti bau, warna atau rasa, maka kewasan itu dianggap sebagai suci. Namun, mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan adalah digalakkan.  

.والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 47

message user image