BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

saya berniat  hendak membayar fidyah untuk orang meninggal. 

Saya sudah kira dari hari dia baligh hingga meninggal

Jumlah agak tinggi bagi saya.

Saya letak untuk 30 hari setiap bulan ramadhan

Saya ingin bertanya boleh tak kalau saya bayar dahulu untuk kiraan untuk 3 tahun pertama

kemudian buat perkiraan balik untuk tahun selebih nya.

Harap bantu


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan kerana ia menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh ahli waris jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui atau sekiranya tidak diketahui, bolehlah mengambil kira jumlah hari yang paling maksimum.

Di samping itu, bayaran fidyah perlulah menggunakan harta peninggalan si mati. Namun, sekiranya si mati tidak mempunyai harta, harus untuk sesiapa mengeluarkan sedekah bagi pihaknya. Perkara ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar RA, Nabi SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامُ شَهْرٍ فَلْيُطْعِمْ عَنْهُ مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا

Maksudnya: Sesiapa yang meninggal dunia dan dia masih mempunyai kewajipan berpuasa bulan Ramadhan, hendaklah sesiapa bagi pihaknya memberi sedekah makanan kepada orang miskin setiap hari. (Riwayat al-Tirmizi).

Justeru, tidak menjadi masalah untuk membayar fidyah bagi si mati secara berperingkat mengikut kemampuan.

Di samping itu, terdapat 2 kaedah bayaran fidyah yang boleh dipilih berdasarkan kepada kemampuan:

1. Tidak berganda: iaitu jumlah hari tidak berpuasa darab dengan nilai fidyah (RM2, RM4 atau RM6, berdasarkan kepada jenis beras yang biasa dimakan atau atas kemampuan).

2. Berganda: iaitu menggadakan hasil darab hari ditinggalkan dengan nilai fidyah, didarabkan dengan tempoh tahun puasa itu ditinggalkan.  

Untuk mengetahui kaedah perkiraan, bolehlah merujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor untuk maklumat serta bimbingan lanjut.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 50

message user image