BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

  1. Apa hukum bagi makan masakan daging aqiqah kepada orang bukan islam?
  2. Apa jadi pada ibadah aqiqah saya setelah saya memberi masakan daging aqiqah kepada orang bukan islam?
  3. Jika salah, perlukah saya membuat gantian ibadah aqiqah saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

Berdasarkan pandangan muktamad di dalam mazhab Syafi’i, tidak harus memberi makan daging aqiqah kepada orang bukan Islam kerana aqiqah adalah ibadah dan ibadah hanya berkaitan dengan orang Islam sahaja. 

Namun begitu, dalam keadaan tertentu seperti terdapat ahli keluarga, jiran atau rakan sepejabat yang bukan Islam hadir ke majlis aqiqah, mereka diharuskan untuk makan bersama. Walau bagaimanapun, disarankan untuk menambah daging lain dalam kadar jumlah yang mereka mungkin makan. 

Berdasarkan kepada soalan yang diajukan, aqiqah tersebut tetap sah. Namun jika berkemampuan, disarankan untuk menggantikan dengan daging lain sekadar banyaknya daging yang diberikan kepada mereka yang bukan beragama Islam untuk diberi makan kepada mana-mana orang Islam seperti jiran atau saudara mara tanpa perlu melakukan penyembelihan aqiqah yang baru.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 50

message user image