BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Mohon pendapat tuan sekiranya imam kerap berdehem semasa solat, tak kira solat yang bacaan jahr atau sirr.

Kadang-kadang berdehem selepas takbiratul ihram, selepas baca Fatihah, semasa baca surah yg panjang, duduk antara dua sujud... pendek kata tak tentu masa.

Dehem nya tu tak jelas lah huruf apa tapi memang ada 2 atau 3 bunyi lah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, dalam mazhab al-Syafi'i, berdehem itu perlu diperhatikan. Boleh jadi membatalkan solat dan boleh jadi tidak. Jika dengan berdehem itu nyata sebutan dua huruf, sama ada memiliki makna atau tidak, atau satu huruf tetapi memiliki makna seperti "قِ" yang bermaksud peliharalah, maka batallah solatnya. Adapun jika tidak jelas sebutan dua hurufnya, maka tidak batal. Begitu juga dikiaskan dengan ketawa, menangis, mengaduh, dan menghembus dengan mulut atau hidung. Justeru, jika diteliti situasi yang berlaku pada imam adalah tidak jelas bunyinya maka dikembalikan hukum asalnya adalah sah solatnya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 45

message user image