Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum .. Mohon bertanya , isteri telah memfailkan kes penceraian. Tapi saya sebagai seorang suami cuba untuk memulihkan semula keadaan tetapi isteri tetap mendesak untuk bercerai. Situasinya, jika saya melafazkan cerai dengan bersyarat iaitu menceraikan isteri dengan syarat hak penjagaan anak diberi kepada pihak suami. Jika isteri bersetuju, Adakah hakim di makhamah rendah terima ? Dan syarat tersebut diambil kira ataupun tidak ?
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Lafaz cerai dengan syarat atau lafaz taklik seperti menyerahkan hak penjagaan anak kepada suami tidak semestinya diterima secara automatik oleh mahkamah syariah, kerana hak penjagaan anak (hadhanah) ditentukan berdasarkan kepentingan terbaik anak-anak. Mahkamah akan menilai kemampuan kedua-dua pihak menjaga kebajikan anak secara objektif, dan syarat yang tidak memenuhi kepentingan anak boleh diketepikan. Tuan disarankan agar mendapatkan nasihat daripada peguam syarie dan melalui proses sulh (perdamaian) untuk mencari penyelesaian terbaik sebelum kes diteruskan di mahkamah.
Sekian, Terima Kasih