BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Apakah terjadi rujuk jika dalam tempoh iddah, suami memberitahu orang lain bahawa bekas isterinya adalah "isteri" beliau ? 

Tiada lafaz rujuk dari beliau kerana ini hanya lah untuk menutup malu bercerai, supaya orang tidak tahu mereka bercerai.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

1. Dari segi bahasa ruju' bermaksud kembali. Dari segi syara ruju' ialah mengembalikan isteri yang telah diceraikan dengan talaq raj'ie kepada ikatan perkahwinan dengan suaminya menggunakan lafaz tertentu dalam tempoh iddah.

2. Lafaz ruju' terbahagi kepada dua iaitu :

    a) Lafaz soreh : Iaitu lafaz yang terang dan jelas seperti kata suam i: "Saya kembali kepada isteri saya." atau kata suami "Aku ruju' kepadamu."

    b) Lafaz kinayah : Iaitu lafaz yang menggunakan bahasa sindiran atau kiasan yang membawa maksud ruju' seperti kata suami: "Saya pegang engkau.", "Engkau masih isteri aku." Jika menggunakan lafaz                  kinayah maka disyaratkan suami itu berniat ruju' ketika melafazkan perkataan sindiran tersebut.

Bagi menjawab pertanyaan tuan, sekiranya tiada lafaz ruju' diungkapkan oleh suami kepada bekas isterinya sebagaimana yang dinyatakan di atas, tetapi lafaz yang diungkapkan itu sekadar mengaku bekas isteri adalah isterinya kerana untuk mengelakkan malu atau sebagainya maka ia tidak dihukumkan sebagai ruju'. Lafaz tersebut adalah satu bentuk kenyataan oleh bekas suami yang tidak temasuk dalam kategori ruju' samada soreh ataupun kinayah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 60

message user image