BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualikum Ustaz.

Saya nak bertanya tentang lafaz kinayah. Sewaktu saya beritahu kawan saya 'Pinjam 50 dulu. Nanti aku tranfer' waktu menyebut 'nanti aku tranfer' tersebut berlaku lintasan perkataan 'cerai' dalam hati. Adakah boleh dianggap kinayah kerana mengandungi perkataan 'transfer' iaitu pindahan/pindar.?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Lafaz kinayah ialah setiap lafaz yang membawa makna talak ataupun selain daripada itu. Dan ianya memerlukan kepada niat. Jika berniat untuk menceraikan ketika melafazkan lafaz kinayah maka jatuhlah talak. Jika tidak, talak tidak jatuh.

Lafaz tuan iaitu "Pinjam 50 dulu. Nanti aku tranfer", tidaklah termasuk dalam lafaz kinayah kerana perkataan transfer itu jelas berkaitan dengan duit yang dipinjam, bukan ada kaitan dengan talak atau yang seumpama dengan talak. Dan situasi ketika tuan melafazkan perkataan tersebut adalah berkaitan dengan pinjaman duit dengan kawan tuan, dan ia tiada qarinah atau kaitan langsung dengan masalah rumahtangga atau konflik dengan isteri tuan. Maka ia tidaklah termasuk dalam kategori lafaz kinayah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 47

message user image