BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan, saya ada soalan berkaitan talak. Berlaku pertelingkahan antara suami dan isteri kerana isteri membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan suami. Suami marah dan menyindir isteri dengan menghantar mesej whatsapp, "Boleh nak buat sendiri2 tapi kena jadi bujang balik lah", Suami tidak berniat untuk menceraikan isteri atau menjatuhkan talak, cuma sekadar marah, sindiran dan ingin menguji emosi isteri. Soalan saya, adakah dikira jatuh talak sekiranya di masa akan datang isteri membuat apa-apa keputusan sendiri?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

1. Mana-mana lafaz talak yang ditulis melalui aplikasi whatsapp atau seumpama dengannya adalah lafaz dalam bentuk kinayah atau kiasan iaitu lafaz yang tergantung kepada niat suami ketika menulis perkataan tersebut, seandainya suami berniat talak, maka jatuhlah talak namun sebaliknya seandainya suami tidak berniat talak, maka talak tidak berlaku.

2. Mesej suami puan yang berbunyi : "Boleh nak buat sendiri-sendiri tapi kena jadi bujang balik lah", ia adalah lafaz yang berbentuk kenyataan dan tidak ada kaitan dengan talak samada talak yang sorih atau kinayah. Mungkin lafaz itu diungkapkan sebagai satu peringatan atau amaran atau sebagai gambaran rasa marah suami terhadap isterinya. Lafaz itu mungkin menyatakan bahawa kalau hendak buat keputusan sendiri, maka kena mohon cerai dulu dan dah sah bercerai yakni jadi bujang(janda) maka bolehlah nak buat keputusan sendiri tanpa rujuk suami selepas itu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 49

message user image