BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Arwah datuk saya merupakan seorang imam kampung yg di segani. Beliau ada meninggalkan kitab2 yg kini di baca oleh ibu saya. Salah satu nya ialah Kitab Senjata Hikmat yang di tulis pada tahun 1968 dalam bahasa Jawi.  Ibu saya sering membaca kan kepada kami perkara2 yg terkandung di dalam buku tersebut seperti jenis jenis kucing yang bertuah dan yang tidak bagus di pelihara. Saya sering mengingatkan ibu saya berhati-hati sebab kitab ini mengandungi berbagai2 cara perawatan tetapi tidak ada pengarang yg khusus dan tidak tahu sumber nya dari mana. Saya di marahi ibu kerana mempertikaikan isi kitab ini. Ada kah kitab kitab lama seperti ini boleh di guna pakai dan dipercayai? Daya mohon pencerahan. 

Sekian terimakasih. 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Setakat carian yang dapat dijumpai, Kitab Senjata Hikmat ini ada dijual. Berkemungkinan nama pengarangnya ialah Uthman al-Rauf Ahmad. Kitab ini merupakan himpunan-himpunan petua yang diamalkan daripada beberapa zikir, ayat al-Quran mahupun doa. Dalam kitab ini juga ada beberapa petua lain yang berkaitan dengan alam semula jadi. Petua atau nama lainnya ialah tajribah atau mujarrabat adalah sesuatu perkara yang berlaku berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang dibuat berulang kali. Petua boleh diamalkan dengan syarat tidak yakin dan beriktikad akan berlaku seperti yang disebut oleh sesuatu petua, bahkan semua yang berlaku atas kehendak dan keizinan Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 87

message user image