BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ingin bertanya, saya dulu ada bernazar nak bagi makan pada ana yatim sekiranya saya dapat kerja. Saya nak bertanya adakah sekiranya saya bagi barang makanan dikira nazar saya selesai?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, dibenarkan untuk melaksanakan nazar yang pada asalnya diniatkan untuk memberi makan kepada anak yatim namun yang dilaksanakan adalah dengan memberi barang makanan kerana ia juga dianggap perbuatan memberi makan secara urufnya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 36

message user image