Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya ada berkenalan satu perempuan,tetapi telah diketahui oleh isteri.isteri meminta untuk memutuskan hubungan dengan perempuan itu.dalam diam saya masih berhubung dengan perempuan itu.isteri saya memaksa saya melafazkan "jika aku masih berhubung dengan perempuan itu atau mana2 wanita lain maka jatuhnya talak."soalan adakah talak itu sah atau tidak.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, ayat yang isteri minta suami lafazkan iaitu: "jika aku masih berhubung dengan perempuan itu atau mana2 wanita lain maka jatuhnya talak", adalah lafaz taklik yang soreh. Justeru, talak boleh jatuh ke atas isteri sekiranya suami melafazkan ayat tersebut dan masih melakukan perkara yang disebutkan dalam taklik tersebut. Sehubungan itu, perkara ini hendaklah dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.