BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt

Saya ada sedikit kemusykilan mengenai jamak dan qasar. Ibu bapa saya mempunyai dua buah rumah, namun rumah kedua tersebut hanyalah sebagai singgahan dan kami belum menetap di situ lagi. Kedua dua rumah ini berada di negeri yang berbeza dan lebih dari 2 marhalah. Oleh itu,

1. Sekiranya kami melawat rumah kedua itu sekali sekala, adakah kami boleh solat jamak dan qasar di rumah tersebut ? 

2. Sekiranya kami berada di kawasan yang berdekatan dengan rumah kedua tersebut, adakah kami boleh melakukan solat jamak dan qasar ? 

Mohon pencerahan, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan,

1- Solat jamak qasar boleh dilakukan di rumah kedua tersebut kerana jarak perjalanan antara tempat asal puan bergerak ke rumah kedua tersebut melebihi 2 marhalah (81kilometer)

2- Jarak antara destinasi puan dengan tempat tinggal sekarang adalah penentu sama ada ia mencukupi jarak musafir atau tidak. Jika puan dalam keadaan bermusafir, maka solat jamak qasar boleh dilaksanakan di rumah kedua tersebut kerana dianggap sebagai tempat persinggahan.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 47

message user image